Tuesday, September 14, 2010

Tip untuk si gadis sebelum menerima cinta…
Sekiranya kamu mendapati ada lelaki cuba untuk mendekatimu. Hati-hati ya, jangan begitu mudah untuk menyambut cinta itu. Ada baiknya jika perhatikan dulu tip-tip berikut agar anda tidak mudah diperdaya...
1
 Jangan Terlalu Ghairah
Wanita mana yang tidak gembira jika ada lelaki yang cuba mendekatinya dengan memberi perhatian padanya. Namun, janganlah terlalu ghairah sehingga lupakan diri. Sebaiknya kawal perasaan dan emosi anda kerana mungkin si dia tidak sehebat mana seperti yang disangka. Di awal-awal perkenalan ini, si dia mungkin berlagak baik.

2
 Siasat Dalam Diam
Sekali-sekala menjadi ‘spy’ apasalahnya. Cuba siasat latar belakangnya dan pastikan segala yang dikatakan padamu adalah benar. Jangan sampai si dia mengetahui ‘kerja’ yang kamu lakukan ini. Lakukan dengan bijak dan teratur. Usah terburu-buru dan hasilnya pasti memuaskan.

3
 Dapatkan Pandangan Daripada Teman Rapat
Di saat inilah khidmat orang sekeliling diperlukan terutamanya sahabat karibmu. Minta pandangan daripadanya mungkin dia lebih arif dalam bab-bab sebegini, siapa tahu?. Harus diingatkan agar anda memilih sahabat yang betul-betul boleh dipercayai dan memahami kerana sesetengah orang tidak suka dengan hal remeh-temeh seperti ini.

4
 JanganTertipu
Jangan mudah tertipu dengan sikap ramahnya ketika bercakap di telefon. Tidak salah jika menjadi pendengar yang setia, tetapi waspadalah terhadap segala tutur katanya. Menjadi pendengar yang setia tidak bermakna harus mempercayai bulat-bulat apa yang dikatanya.

5
 Kata-kata Isi Surat/Sms
Menerima surat/sms yang panjang berjela dengan tertera isinya yang menyentuh hati sudah tentu menggembirakan anda bukan? Tidakkah anda terfikir ayat yang digunakan telah disusun rapi bahkan dirancang terlebih dahulu. Kata orang, ‘Beli Jiwa’. Oleh itu, pertimbangkanlah sebaik-baiknya, waspada terhadap mereka yang hipokrit….;)

No comments:

Post a Comment