Friday, September 24, 2010

5 Cara Memenangi Hati Lelaki


1 Jangan sering memaksa
2 Memahami dirinya
3 Menerima baik dan buruk sikapnya
4 Hindari perasaan cemburu buta dan kebudak-budakan
5 Memuji dan menyokong kejayaannya

Thursday, September 16, 2010

Fakta Menarik Tentang Lelaki Dan Wanita

Tahukah anda?
1 Lelaki dikatakan boleh meningkatkan daya tahan serta hidup lebih lama apabila berkahwin dan wanita pula sebaliknya…

2
 Wanita dikatakan lebih berani berbanding lelaki kerana lebih 55% wanita melakukan rutin pemeriksaan giginya berbanding lelaki yang hanya 40% sahaja..

3 Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri “SAYA” dalam perbualannya berbanding lelaki.
4 Wanita lebih lama menghabiskan masa di bilik air berbanding lelaki.

5
 Sebanyak 45% lelaki mengalami masalah terlebih berat badan berbanding wanita dan 1/3 daripadanya mengalami masalah Obesiti.

6 Wanita mempunyai struktur tubuh yang lebih fleksibel dan daya tahan mereka terhadap suhu lebih tinggi berbanding  lelaki.
7 Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) 
berbanding lelaki.
8 Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir berbanding wanita (naseb la lelaki oi…haha).
9 Nama lelaki yang paling banyak dalam dunia ialah MUHAMMAD.
10 Otak lelaki yang seberat 3 paun itu ternyata lebih kompleks dan rumit untuk difahami.



Wednesday, September 15, 2010

Lelaki ‘Cair’Jika Kekasih Hatinya…
1 Sentiasa tersenyum  dan tidak bersikap sombong
2 Pandai memasak makanan kegemarannya
3 Berperwatakan menarik dan sentiasa gunakan bahasa tubuh ketika berinteraksi
4 Jujur dan sentiasa merendah diri
5 Suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu
6 Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
7 Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
8 Tidak terlampau mengongkong

Tuesday, September 14, 2010

Tip untuk si gadis sebelum menerima cinta…
Sekiranya kamu mendapati ada lelaki cuba untuk mendekatimu. Hati-hati ya, jangan begitu mudah untuk menyambut cinta itu. Ada baiknya jika perhatikan dulu tip-tip berikut agar anda tidak mudah diperdaya...
1
 Jangan Terlalu Ghairah
Wanita mana yang tidak gembira jika ada lelaki yang cuba mendekatinya dengan memberi perhatian padanya. Namun, janganlah terlalu ghairah sehingga lupakan diri. Sebaiknya kawal perasaan dan emosi anda kerana mungkin si dia tidak sehebat mana seperti yang disangka. Di awal-awal perkenalan ini, si dia mungkin berlagak baik.

2
 Siasat Dalam Diam
Sekali-sekala menjadi ‘spy’ apasalahnya. Cuba siasat latar belakangnya dan pastikan segala yang dikatakan padamu adalah benar. Jangan sampai si dia mengetahui ‘kerja’ yang kamu lakukan ini. Lakukan dengan bijak dan teratur. Usah terburu-buru dan hasilnya pasti memuaskan.

3
 Dapatkan Pandangan Daripada Teman Rapat
Di saat inilah khidmat orang sekeliling diperlukan terutamanya sahabat karibmu. Minta pandangan daripadanya mungkin dia lebih arif dalam bab-bab sebegini, siapa tahu?. Harus diingatkan agar anda memilih sahabat yang betul-betul boleh dipercayai dan memahami kerana sesetengah orang tidak suka dengan hal remeh-temeh seperti ini.

4
 JanganTertipu
Jangan mudah tertipu dengan sikap ramahnya ketika bercakap di telefon. Tidak salah jika menjadi pendengar yang setia, tetapi waspadalah terhadap segala tutur katanya. Menjadi pendengar yang setia tidak bermakna harus mempercayai bulat-bulat apa yang dikatanya.

5
 Kata-kata Isi Surat/Sms
Menerima surat/sms yang panjang berjela dengan tertera isinya yang menyentuh hati sudah tentu menggembirakan anda bukan? Tidakkah anda terfikir ayat yang digunakan telah disusun rapi bahkan dirancang terlebih dahulu. Kata orang, ‘Beli Jiwa’. Oleh itu, pertimbangkanlah sebaik-baiknya, waspada terhadap mereka yang hipokrit….;)

Tuesday, September 7, 2010

Untungnya Menjadi Lelaki

M
enjadi seorang lelaki merupakan satu anugerah yang tidak ternilai di mana lelaki memiliki banyak kelebihan yang  tidak mungkin dimiliki wanita. Sudah tentu gadis-gadis yang membaca ini kan tertanya-tanya apakah keistimewaan lelaki….??!


Beruntungnya kamu wahai Lelaki kerana…….

1 Menggoda Gadis Yang Diidamkan
Wah, sebagai lelaki, kamu tidak perlu untuk ‘untuk berasa segan’ atau takut untuk menegur mana-mana gadis idaman, atau mana-mana gadis yang lalu di hadapan anda. Sudah menjadi lumrah, lelaki memang agak nakal dan ‘kasar’ bila bergurau. Jadi, si gadis tidak perlu untuk berasa malu atau menyampah kerana lelaki memang begitu…
  

2 Mampu Berdikari
“Lelaki mesti kuat!” kamu tentunya sedia tahu mengenai ungkapan ini. Tidak kira apa kerumitan yang berlaku dalam hidupnya, lelaki biasanya mampu berdiri atas kaki sendiri seterusnya menyelesaikan masalah idea dankeputusan sendiri. Tidak seperti si gadis, mereka biasanya akan mengadu pada keluarga, teman atau kekasih!

3 Boleh Membuat Keputusan
Sebagai lelaki juga, kamu tidakperlu untuk mendengar pandangan atau mengambil kira kata-kata pihak kedua seandainya mahu membuat keputusan. Contohnya, mengenai status pengajian, pekerjaan atau perjalanan hidup kamu. Semuanya kamu yang aturkan dan sudah tentunya, orang lain ‘perlu’ bersetuju dengan segala keputusan kamu itu. Tidak seperti wanita yang perlu mengambil kira banyak perkara sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Tidakkah ini menyusahkan??


4 Pakai Apa Saja Yang Disukai
Satu lagi kelebihan andai  kamu seorang lelaki. Anda tidak perlu mendengar rungutan orang sekeliling dalam menentukan apa yang kamu pakai. Rata-rata lelaki menggemari persalinan yang sederhana dan itulah imej yang perlu diterima semua, termasuk wanita. Ambil saja contoh pakaian Hari Raya si jejaka nanti. Tidak perlu ‘bercantik-cantik’ seperti gadis. Cukup hanya pakaian wajib saja.

5 Boleh Balik Lambat
Hahaha, satu lagi kelebihan buat sang jejaka! Ibubapa juga kurang bimbang seandainya kamu lambat pulang ke rumah hanya dengan alas an bertemu kawan-kawan. Berbeza dengan si gadis, mereka lazimnya akan dipantau segala tingkah lakunya oleh keluarga dan biasanya juga, maruah keluarga terletak di atas bahu seseorang gadis itu.


6 “Tak Elok Pun Tidak Mengapa…”
Tentunya kamu biasa mendengar istilah, “lelaki tak dipilih, tetapi mereka yang memilih”. Sedar atau tidak, itulah satu kelebihan yang  tidak dimiliki si gadis. Ada golongan lelaki yang tidak terlalu menjaga penampilan diri untuk nampaksempurna di mata perempuan. Selekeh pun tidak mengapa ibaratnya. Tidak begitu bagi wanita, mereka sedaya upaya agar tampil menawan tatkala ingin bersua sang pujaan hati. Kan, kan, kan?...hahaha

7 Membotakkan Rambut…!
Hahaha, jejaka tidak kisah andai rambut mereka dibotakkan tanpa perlu merasa ‘mahkota’ mereka telah dirampas. Malah, ada yang berpandangan lelaki botak adalah seksi! Berlainan pula dengan wanita yang semahu mungkin menjaga perihal kecantikan rambutnya. Kononnya, umpama ‘makhkota’ yang perlu dijaga rapi saban hari. Adoyai….
8 Kasar
Lelaki tidak kisah jika kelakuan mereka diperhatikan orang lain. Tidak perlu untuk kontrol itu dan ini, contohnya makan dengan gelojoh, membuat bising ditempat awam, bergurau bodoh dan sebagainya. Itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan mereka bak kata  “tak jantan la klo tak kasar” dan itu adalah normal buat mereka. Bagaimana pula dengan si gadis? Ya, mereka sentiasa menjaga perilaku tatasusila diri di mana saja terutama ketika di khalayak ramai. Agak keterlaluan ke kalau saya menamakan ia sebagai “kontrol cun”…hahaha

9 Tidak Bercukur…
Selain penampilan yang ringkas, lelaki juga tidak perlu peningkan kepala untuk sentiasa bercukur misai mahupun janggut. Hal ini kerana, terdapat gadis-gadis di luar sana yang tertarik pada lelaki yang berjambang. Itu realiti. Ada jerawat di wajah pun tidak mengapa. Akan tetapi, si gadis sememangnya terkenal sebagai “Ratu Penjagaan Wajah”. Hingga kadang kala menimbulkan rasa tidak senang bagi sang jejaka kerana sikap temannya yang begitu obses pada kecantikkan.

10 Menunjukkan Dada?
Aduh, si gadis perlu mengakui bahawa lelaki boleh melakukan  ini, hahaha. Dada mereka yang bidang itu menjadi tarikan pada kebanyakkan gadis. Berlainan dengan ‘si hawa’ di mana mereka perlu menjaga serta melindungi bahagian itu sebaiknya. Lelaki tidak perlu bimbang andai gambar mereka ketika tidak berbaju dirakam. Gadis pula bagaimana ya? 0psss,no no no….;)  

Monday, September 6, 2010

Wanita Pilihan Lelaki



   



Bersifat Keibuan :
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakan :

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian :
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai :
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan :
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara :
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri :
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri :
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri












Nombor Bagi Masyarakat Cina




Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat Cina mempunyai anggapan tertentu pada nombor. Setiap nombor memberikan suatu maksud berbeza bagi mereka. Berikut adalah kepercayaan bagi Masyarakat Kantonis (sebutan dan kosa kata mungkin berbeza dalam dialek Cina) :


0 = Sejuk / Tenang / Cantik
1 = Harian
2 = Dengan / Bersama
3 = Hidup
4 = Mati / Kematian
5 = Tidak / Jangan
6 = Pusingan Modal Perniagaan
7 = Tekanan Sepanjang Jalan
8 = Kemewahan / Kekayaan
9 = Kekal abadi

Sunday, September 5, 2010

Khasiat Buah Naga

Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan.



Buah naga biasanya dikenali sebagai buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandung kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga boleh dinikmati dalam bentuk jus, belahan buah, kek dan sebagainya mengikut selera anda.




Secara umumnya, pakar berpendapat bahawa buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. “Kajian juga menunjukkan buah ini mampu mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,”


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan jantung, serat (mencegah kanser usus, kencing manis dan diet), carotene (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah daripada penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (mencegah demam badan), vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg