Saturday, December 11, 2010

Personaliti Anda Berdasarkan Buah-buahan  Kegemaran


Setiap  orang pasti menggemari buah-buahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, buah-buahan amat bagus untuk kesihatan di mana ia mempunyai pelbagai Vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Ketahui personaliti diri berdasarkan buah-buahan kegemaran anda.



1.JENIS LIMAU 
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu. Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.


Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.



2-BUAH-BUAHAN TROPIKA
Contohnya seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.

Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar 
berseronok. 



3-JENIS BUAH LADANG
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.

Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri. Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup. Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan.




4-JENIS TEMBIKAI
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.

Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh-tumbuhan yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati-hati.



5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI
Contohnya seperti blackberi, blueberi, strawberi, raspberi,cranberi, anggur dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain. Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik. Kamu bercitarasa unik. Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.

Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti.



6-JENIS KEKACANG
Contohnya seperti kacang tanah, kacang hijau, walnut, hazel, gajus dan lain-lain.
Kamu ini moody lah!! Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat. Walaubagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian.




7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU
Contohnya kundur dan labu madu
Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.

Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai. Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang. Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.



Tuesday, October 5, 2010


15 Ayat Power Lelaki Jangan Tersalah Tafsir

S
udah menjadi lumrah lelaki dilahirkan dengan kebolehan memikat. Ayat power, pandai memujuk rayu dan bersulamkan kata-kata yang manis adalah anugerah semulajadi buat sang jejaka. Tidak hairanlah jika ramai gadis yang layu dan cair apabila terkena penangan ini. Namun, tidak semua yang dikatakan sang jejaka adalah palsu. Ada juga yang ikhlas dan jujur sebagaimana datang dari hatinya. Justeru, bagi membezakan antara kaca dan permata, perlulah anda mengetahui dan menyelami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata. Agar anda tidak menjadi santapan si buaya darat...hahaha


1
 Jika lelaki mengirimkan ‘sms’ lebih daripada sekali sehari meskipun hanya sekadar mengucapkan “ape khabar?” atau bertanyakan “awk da mkn ke?” itu tandanya dia prihatin kepadamu. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.


2
 Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu : “saje je nk dgr suare”,  itu tandanya dia suka pada anda tetapi malu untuk memulakannya. Walhal mereka tahu bahawa mereka harus memulakannya terlebih dahulu.



3
 Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran yang panjang, maksudnya dia sudah letih dan mahu pertengkaran itu dihentikan segera. Pada hakikatnya lelaki sememangnya tidak suka berperang mulut untuk jangka masa yang lama.

4
 Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, itu tandanya diam merasa bersalah kerana telah membuat anda marah. Air mata adalah ‘senjata’ wanita, dan itu adalah benar. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan secara tidak langsung dia akan segera mengalah dan tunduk lemah. Jadi, sesekali gunalah ‘senjata’ anda dengan sebaiknya...



5
 Sekiranya lelaki yang cuba memikatmu dengan menceritakan keburukan orang lain misalnya menceritakan perihal kekasih lamanya yang suka mengongkong, cemburu buta dan sebagainya, itu bererti lelaki tersebut tidak boleh dipercayai. Di sebalik itu, cuba anda fikirkan jika dia boleh menceritakan keburukan orang yang pernah disayanginya apatah lagi anda?

6
 Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta supaya dibelai rambutnya,  itu tandanya kamu adalah satu-satunya wanita yang dicintainya keran lelaki paling lemah apabila wanita memanjainya dengan lemah-lembut.



7
 Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, itu tidak bermakna dia mencintai anda sepenuh hati. Ada dua kemungkinan di sini, iaitu samada dia benar-benar suka pada anda atau memang dasar janji manis sang ‘buaya’. Lelaki yang mempunyai cinta sejati, ingin perempuan yang dicintainya tahu dia akan sentiasa berada di sampingnya setiap waktu. Tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas (tersirat).

8
 Lelaki yang mengelak untuk bertemu dengan orang tua anda di awal perkenalan, berkemungkinan besar dia masih merasa ragu untuk menjadikan anda sebagi teman istimewanya.



9
 Sekiranya lelaki menangis kerana anda, itu tandanya dia mencintai anda sepenuh hatinya. Memang dasar lelaki sukar untuk menangis. Sebab itulah air mata lelaki diibaratkan umpama permata. Oleh itu, beringatlah andai ada lelaki yang menangis kerana anda. Tidak mustahil bahawa dia mencintai anda seluruh jiwanya.

10
 Andainya lelaki suka melanggar peraturan yang telah kamu buat, itu tandanya dia tidak menyukai peraturan itu atau tidak sesuai dengan dirinya. Lelaki lebih tahu apa yang salah dan apa yang benar, tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin diarah semakin dilawannya.

11
 Ada lelaki yang sanggup bermati-matian untuk mendapatkan cinta, namun apabila sudah dapat, cinta itu ditinggalkan begitu saja. Haruslah diingat agar tidak terpedaya apabila ada lelaki yang mengatakan kesanggupannya untuk bermatian untuk anda itu belum tentu bahawa dia benar-benar ikhlas pada anda. Lelaki yang baik adalah lelaki yang bersederhana dan menanti cintamu dengan sabar.



12
 Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan :
  •    Dia sangat sayang pada anda
  •    Dia takut kehilangan anda
  •     Dia mahu menguasai anda
  •     Dia tidak mahu ada persaingan

13
 Jika lelaki diam membisu, itu tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap itu bermakna dia belum mencapai puncak kemarahannya. Awas di saat teman anda tiba-tiba berdiam diri, lebih baik anda hentikan perbuatan/leteran anda ataupun anda sanggup berdepan dengan rasa amarahnya yang memuncak (buruk padahnya...haha)

14
 Sesetengah lelaki akan menceritakan masa silamnya yang buruk kepada anda. Hal ini menunjukkan si dia tidak mahu anda menjadi bahkan mengulanginya dengan kata lain dia tidak mahu anda melakukan perkara yang sama.



15
 Andai lelaki merenung ke mata anda tanpa berkelip, itu bermakna dia sedang mencari jawapan apakah benar anda mencintainya dan sayang padanya. Sesungguhnya, lelaki sangat bijak dalam menilai apa yang terpancar pada raut wajah seorang perempuan kerana wajah seseorang perempuan tidak mungkin menipu apabila dia benar-benar jatuh cinta.....






Friday, September 24, 2010

5 Cara Memenangi Hati Lelaki


1 Jangan sering memaksa
2 Memahami dirinya
3 Menerima baik dan buruk sikapnya
4 Hindari perasaan cemburu buta dan kebudak-budakan
5 Memuji dan menyokong kejayaannya