Tuesday, October 5, 2010


15 Ayat Power Lelaki Jangan Tersalah Tafsir

S
udah menjadi lumrah lelaki dilahirkan dengan kebolehan memikat. Ayat power, pandai memujuk rayu dan bersulamkan kata-kata yang manis adalah anugerah semulajadi buat sang jejaka. Tidak hairanlah jika ramai gadis yang layu dan cair apabila terkena penangan ini. Namun, tidak semua yang dikatakan sang jejaka adalah palsu. Ada juga yang ikhlas dan jujur sebagaimana datang dari hatinya. Justeru, bagi membezakan antara kaca dan permata, perlulah anda mengetahui dan menyelami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata. Agar anda tidak menjadi santapan si buaya darat...hahaha


1
 Jika lelaki mengirimkan ‘sms’ lebih daripada sekali sehari meskipun hanya sekadar mengucapkan “ape khabar?” atau bertanyakan “awk da mkn ke?” itu tandanya dia prihatin kepadamu. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.


2
 Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu : “saje je nk dgr suare”,  itu tandanya dia suka pada anda tetapi malu untuk memulakannya. Walhal mereka tahu bahawa mereka harus memulakannya terlebih dahulu.



3
 Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran yang panjang, maksudnya dia sudah letih dan mahu pertengkaran itu dihentikan segera. Pada hakikatnya lelaki sememangnya tidak suka berperang mulut untuk jangka masa yang lama.

4
 Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, itu tandanya diam merasa bersalah kerana telah membuat anda marah. Air mata adalah ‘senjata’ wanita, dan itu adalah benar. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan secara tidak langsung dia akan segera mengalah dan tunduk lemah. Jadi, sesekali gunalah ‘senjata’ anda dengan sebaiknya...



5
 Sekiranya lelaki yang cuba memikatmu dengan menceritakan keburukan orang lain misalnya menceritakan perihal kekasih lamanya yang suka mengongkong, cemburu buta dan sebagainya, itu bererti lelaki tersebut tidak boleh dipercayai. Di sebalik itu, cuba anda fikirkan jika dia boleh menceritakan keburukan orang yang pernah disayanginya apatah lagi anda?

6
 Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta supaya dibelai rambutnya,  itu tandanya kamu adalah satu-satunya wanita yang dicintainya keran lelaki paling lemah apabila wanita memanjainya dengan lemah-lembut.



7
 Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, itu tidak bermakna dia mencintai anda sepenuh hati. Ada dua kemungkinan di sini, iaitu samada dia benar-benar suka pada anda atau memang dasar janji manis sang ‘buaya’. Lelaki yang mempunyai cinta sejati, ingin perempuan yang dicintainya tahu dia akan sentiasa berada di sampingnya setiap waktu. Tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas (tersirat).

8
 Lelaki yang mengelak untuk bertemu dengan orang tua anda di awal perkenalan, berkemungkinan besar dia masih merasa ragu untuk menjadikan anda sebagi teman istimewanya.



9
 Sekiranya lelaki menangis kerana anda, itu tandanya dia mencintai anda sepenuh hatinya. Memang dasar lelaki sukar untuk menangis. Sebab itulah air mata lelaki diibaratkan umpama permata. Oleh itu, beringatlah andai ada lelaki yang menangis kerana anda. Tidak mustahil bahawa dia mencintai anda seluruh jiwanya.

10
 Andainya lelaki suka melanggar peraturan yang telah kamu buat, itu tandanya dia tidak menyukai peraturan itu atau tidak sesuai dengan dirinya. Lelaki lebih tahu apa yang salah dan apa yang benar, tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin diarah semakin dilawannya.

11
 Ada lelaki yang sanggup bermati-matian untuk mendapatkan cinta, namun apabila sudah dapat, cinta itu ditinggalkan begitu saja. Haruslah diingat agar tidak terpedaya apabila ada lelaki yang mengatakan kesanggupannya untuk bermatian untuk anda itu belum tentu bahawa dia benar-benar ikhlas pada anda. Lelaki yang baik adalah lelaki yang bersederhana dan menanti cintamu dengan sabar.



12
 Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan :
  •    Dia sangat sayang pada anda
  •    Dia takut kehilangan anda
  •     Dia mahu menguasai anda
  •     Dia tidak mahu ada persaingan

13
 Jika lelaki diam membisu, itu tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap itu bermakna dia belum mencapai puncak kemarahannya. Awas di saat teman anda tiba-tiba berdiam diri, lebih baik anda hentikan perbuatan/leteran anda ataupun anda sanggup berdepan dengan rasa amarahnya yang memuncak (buruk padahnya...haha)

14
 Sesetengah lelaki akan menceritakan masa silamnya yang buruk kepada anda. Hal ini menunjukkan si dia tidak mahu anda menjadi bahkan mengulanginya dengan kata lain dia tidak mahu anda melakukan perkara yang sama.



15
 Andai lelaki merenung ke mata anda tanpa berkelip, itu bermakna dia sedang mencari jawapan apakah benar anda mencintainya dan sayang padanya. Sesungguhnya, lelaki sangat bijak dalam menilai apa yang terpancar pada raut wajah seorang perempuan kerana wajah seseorang perempuan tidak mungkin menipu apabila dia benar-benar jatuh cinta.....