Sunday, September 5, 2010

Khasiat Buah Naga

Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan.



Buah naga biasanya dikenali sebagai buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandung kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga boleh dinikmati dalam bentuk jus, belahan buah, kek dan sebagainya mengikut selera anda.




Secara umumnya, pakar berpendapat bahawa buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. “Kajian juga menunjukkan buah ini mampu mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,”


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan jantung, serat (mencegah kanser usus, kencing manis dan diet), carotene (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah daripada penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (mencegah demam badan), vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg



1 comment: